Senarai Tugas

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PETUGAS PARLIMEN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

1. Pegawai Petugas (PP) dikehendaki mematuhi kod berpakaian iaitu kot/blazer berwarna gelap atau berbaju kebangsaan bagi wanita sepanjang berada di Parlimen.

2. PP dikehendaki mengambil Pas Bertugas di pos pengawal keselamatan.

3. PP dikehendaki melapor diri di Pejabat Menteri Belia dan Sukan (Parlimen) pada jam 9.00 pagi serta mengisi Buku Kedatangan.

4. PP hendaklah mengikuti sepenuhnya persidangan di Dewan Rakyat/ Dewan Negara yang bermula dari jam 10.00 pagi sehingga tamat pada setiap hari.

5. PP hendaklah mencatat setiap isu yang dibangkitkan mengenai Kementerian Belia dan Sukan dengan teliti dan terperinci. Laporan bertugas hendaklah disediakan mengikut format seperti di Lampiran I.

6. PP hendaklah menyerahkan laporan bertugas kepada Pegawai Penyelaras Parlimen KBS sebaik sahaja Dewan ditangguhkan pada hari berkenaan.

7. Sekiranya tidak dapat hadir, PP hendaklah mencari pengganti atau membuat pertukaran “suka sama suka” seterusnya memaklumkan kepada Pegawai Penyelaras Parlimen Kementerian.

8. Menjalankan lain-lain tugas berkaitan keurusetiaan Parlimen apabila diarahkan dari semasa ke semasa.

: Kehadiran ke Parlimen adalah berdasarkan kepada Jadual Giliran Bertugas yang akan disediakan oleh pihak urus setia.

9. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus dengan Pegawai Penyelaras Parlimen Kementerian iaitu: 

En. Afendi Ya@Zakaria (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 019-3112878 / ext. 3360)
Pn. Amalia Mohd Amin (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 019-621 8284 / ext. 3106)
En. Mohammed Shahnaz bin Mawardi (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 019-3119947 / ext. 3372)

Print

BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable