03 Jun2014
Pengenalan
Berdasarkan tren semasa, pertanyaan lisan dan bertulis bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Parlimen menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun. Soalan-soalan yang dibangkitkan oleh YB Ahli Parlimen ada kalanya ditanya berulang ulang kali dan memerlukan jawapan yang tepat dan konsisten oleh Kementerian. Maklumat berkaitan soalan dan jawapan Parlimen adalah penting sebagai rujukan pada masa hadapan oleh Urus Setia Parlimen KBS, Pegawai Perhubungan Parlimen (PPP) di setiap Jabatan/ Bahagian/ Agensi serta pelanggan dalaman dan luaran KBS sendiri.
Sistem arkib soalan dan jawapan Parlimen ini dibangunkan bertujuan mewujudkan kaedah penyimpanan yang sistematik bagi membolehkan maklumat-maklumat berkenaan disimpan dan dicapai dengan lebih cekap dan berkesan.
OBJEKTIF

Objektif pembangunan sistem ini adalah seperti berikut :-
i) Mewujudkan bank data maklumat soalan dan jawapan Parlimen berkaitan KBS.
ii) Memudahkan pencarian / perkongsian maklumat untuk dijadikan rujukan oleh Urus setia Parlimen KBS, warga KBS dan juga pelanggan KBS.
iii) Menjadi pusat rujukan setempat bagi perkongsian maklumat oleh pelanggan dalaman dan luaran KBS.