12 Jul2011
minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan penyakit sosial utama di kalangan belia dan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian untuk menangani keadaan.
CADANGAN JAWAPAN 1
Isu samseng jalanan/rempit, penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi, jenayah ragut, vandalisme dan pergaulan bebas adalah antara masalah sosial yang sering dikaitkan dengan golongan belia. Sehubungan itu, Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) yang ditubuhkan pada tahun 2010 adalah sebagai salah satu platform untuk membincangkan isu-isu semasa belia negara dari aspek dasar dan polisi, perancangan, serta pelaksanaan agenda pembangunan belia negara. Jawatankuasa ini dianggotai oleh 12 buah agensi kerajaan yang berkaitan. Di samping itu, Kementerian turut menyediakan pelbagai program pembangunan belia dan sukan serta kemudahan-kemudahan sukan bagi membantu golongan belia mengisi masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah.
CADANGAN JAWAPAN 2
1. Berdasarkan kepada Kajian Gejala Sosial di Kalangan Belia Malaysia yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada tahun 2009, terdapat beberapa jenis penyakit sosial di kalangan belia yang telah dikenal pasti. Kajian yang dijalankan ke atas 2,249 orang responden yang dikategorikan sebagai “belia berisiko” mendapati bahawa salah laku yang pernah dilakukan adalah seksual (52%), penyalahgunaan bahan (55%), jenayah (53%), salah laku tiada integriti (90%) dan salah laku yang melibatkan peraturan (87%).
2. Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan telah melaksanakan pelbagai program yang berkaitan untuk mengatasi masalah sosial di kalangan belia antara Program Belia Bestari, Program Khidmat Masyarakat Skuad Sukarelawan Remaja Rakan Muda (UNICEF), Program Crime Awerness Team, Program Skuad Muda RELA, Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT, Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional (PJKN) dan sebagainya.
SOALAN : 109
DARIPADA : TAN SRI DATUK TEE HOCK SENG