minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan penyakit sosial utama di kalangan belia dan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian untuk menangani keadaan.

1. Isu samseng jalanan/rempit, penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi, jenayah ragut, vandalisme dan pergaulan bebas adalah antara masalah sosial yang sering dikaitkan dengan golongan belia. Isu ini tidak dapat ditangani oleh kementerian tanpa melibatkan kementerian-kementerian lain. Sehubungan itu, Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) yang ditubuhkan pada tahun 2010 adalah sebagai salah satu platform untuk membincangkan dan menangani isu-isu semasa belia negara dari aspek dasar dan polisi, perancangan, serta pelaksanaan. Jawatankuasa ini dianggotai oleh 12 buah agensi kerajaan yang berkaitan. Di samping itu, Kementerian turut menyediakan pelbagai program pembangunan belia dan sukan serta kemudahan-kemudahan sukan bagi membantu golongan belia mengisi masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah.




SOALAN    : 109
DARIPADA : TAN SRI DATUK TEE HOCK SENG

Print

BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable